LAWATAN KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA & PARLIMEN

5 April 2017, Rabu, seramai 72 pelajar Tingkatan Enam dan 13 GATE telah melangkapkan pengisian projek Kelab Pengajian AM untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke perpustakaan Universiti Malaya dan juga Parlimen.  Lawatan ke perpustakaan UM merupakan satu pendedahan terhadap sistem salah satu perpustakaan terbesar yang ada di Malaysia. Lawatan ini juga diharap dapat mencetuskan semangat kepada semua pelajar untuk terus berusaha mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan STPM sebagai tiket untuk menjadikan diri masing-masing sebagai pelajar di mana-mana universiti awam di negara kita. Kunjungan ke parlimen pada sesi petang memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri sesi perbahasan ahli-ahli Dewan Rakyat. Isu yang di bahaskan ialah RUU IPTS.

Bas 1

Bas 2

Di hadapan Perpustakaan UM. Posing habis.


Taklimat Pegawai Perpustakaan kepada student dan GATE

LAWATAN SEKITAR DALAM PERPUSTAKAAN

Sdr Yap Khee Seng sebagai wakil pelajar memperkatakan sesuatu










Pn. Hjh Norhayati & Pn Husniza bersama bekas pensyarah mereka di UM
PROF. DATUK DR KHOO KAY KIM (Pensyarah Sejarah)

Prof KKK sedang memperkatakan sesuatu kepada PKTE.
Rezeki nak jumpa beliau. Bermanfaat dan bernostalgia.



Sekitar dewan kuliah A, B & C Fakulti Sastera & Sains Sosial (nama dulu) 








Aktiviti di UM hanya terbatas melawat perpustakaan sahaja sehingga pukul 11.15. Selepas itu sedikit masa digunakan melawat Fakulti Sastera dan Sains Sosial yang berhampiran perpustakaan. Kemudian,  semua peserta lawatan berehat di bangunan Perdana Siswa untuk makan tengah hari dan seterusnya solat zohor sebelum menunggu bas di hadapan DTC untuk ke Parlimen. Diharap lawatan ini memberi motivasi yang amat bermakna kepada semua pelajar bahawa suatu hari nanti mereka juga akan belajar di universiti dan menikmati saat-saat dianugerahi sebagai seorang graduan dalam majlis konvokesyen.


CATATAN DI PARLIMEN




Parlimen Malaysia. Subjek khusus PAM Penggal 1



Pegawai PRO Parlimen sedang memberi taklimat sebelum 
pemerhatai persidangan dibenarkan masuk. Pakaian kemas. Pelajar tidak boleh bawa HP.
Tidak boleh tidur. Tidak boleh bercakap. Tidak boleh mengganggu perbahasan.



Bertemu Timb Menteri Pendidikan 2. Dapat sponser. Tahniah.

Taklimat di Galeri Parlimen. 





Keletihan. menunggu bas untuk pulang.

Peserta lawatan selamat sampai di SMKKKB pukul 6.30 petang.













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dialog Peningkatan Prestasi P2 STPM 2017

PENTAULIAHAN PENGAKAP KELANA SMKKKB