PENTAULIAHAN PENGAKAP KELANA SMKKKB

ISTIADAT PENTAULIAHAN 
PENGAKAP KELANA SMKKKB 2017



Istiadat Pentauliahan Pengakap Kelana 10 SMKKKB bagi tahun 2017 telah sempurna dilaksanakan pada 29 Mac 2017 bertempat di Dewan Gemilang SMKKKB. Istiadat tersebut disempurnakan oleh Tn. Hj. Rohaizad Mokhtar, Penolong Kanan Tingkatan Enam. Seramai 73 daripada 74 pelajar Tingkatan Enam Atas telah hadir dan ditauliahkan sebagai Pengakap Kelana yang sedia berkhidmat. Apa yang diharapkan istiadat tersebut dapat memberikan inspirasi dan keyakinan diri kepada semua peserta yang terlibat agar dapat membaiki diri dan mampu berkhidmat kepada sesiapa sahaja terutamanya ibu bapa dan keluarga, guru-guru dan warga sekolah keseluruhannya, jiran-jiran dan seterusnya berkhidmat untuk bangsa dan negara. Tahniah kepada Pengakap Kelana Krew B kerana berjaya melaksanakan projek tersebut dengan cemerlang.




KREW B - Penganjur Projek Pentauliahan. Syabas anda berjaya jayakan.


Pentauliahan kepada Ketua-ketua KREW Pengakap kelana 10 SMKKKB


Pentauliahan Ketua KREW A


Pentauliahan Ketua KREW B


Pentauliahan Ketua KREW C


Pentauliahan Ketua KREW D


Bacaan ikrar Pengakap dan Sedia Berkhidmat Pengakap Kelana 10 SMKKKB 
setelah kesemua 73 ahli  ditauliahkan 












Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dialog Peningkatan Prestasi P2 STPM 2017