Dialog Peningkatan Prestasi P2 STPM 2017
Dialog Peningkatan Prestasi P2 STPM 2017
Pada 8 Mac 2017 satu Dialog Peningkatan Prestasi STPM Penggal 2 bagi calon-calon STPM SMKKKB 2017 telah diadakan di Bilik Mesyuarat SMKKKB bermula pukul 8.00 pagi hingga 10.30 pagi. Program tersebut berfokuskan kepada dialog antara Pengetua, Penolong Kanan Tingkatan Enam, Guru-guru Akademik Tingkatan Enam (GATE) dan keseluruhan pelajar yang menjadi calon STPM Penggal 2 2017. Melalui sesi dialog ini rahsia belajar dan kejayaan para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan STPM Penggal 1 seperti Nurul Ziatul Aziqah Binti Nurul Anuar (6AC) dan Ng Hui Wern (6AB) dapat dikongsi bersama pelajar lain. Tn. Hj Rohaizad Mokhtar, Penolong Kanan Tingkatan Enam turut membuat pendedahan beberapa halangan yang menghalang kejayaan pelajar. Perkara tersebut merupakan sebahagian daripada hasil Post Mortem yang telah dibuat bersama semua GATE. Pelajar-pelajar turut dapat membuat perbandingan pencapaian P1 dengan ETR yang telah ditetapkan. Diharap semua pelajar dapat fokus kembali kepada tanggungjawab masing-masing sepanjang Penggal 2 ini. Tuan Pengetua mengharapkan pelajar-pelajar dapat menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan sebagai hadiah persaraannya pada 29 April 2017.
Tuan Pengetua sedang menyampaikan amanatnya dalam
Program Dialog Peningkatan Prestasi Calon STPM P2 2017
Sebahagian pelajar TE sedang fokus kepada perkara yang dibentangkan
En Saiful Nizam (Kaunselor) sedang memperkatakan sesuatu
Pn. Hjh Shirine sedang memperkatakan sesuatu dalam sesi dialog
Nurul Ziatul Aziqah Binti Nurul Anuar (6AC) sedang memperkatakan strategi kejayaan P1
Ulasan
Catat Ulasan