PERTANDINGAN MEMANCING

PERTANDINGAN MEMANCING PENGAKAP KELANA 10 SMKKKB 11 Mac 2017 , Sabtu, Pengakap Kelana 10 SMKKKB berjaya menganjurkan program Pertandingan Memancing Pengakap Kelana 10 SMKKKB. Program ini dianjurkan oleh Pengakap Kelana Krew C. Tujuan program ini ialah untuk membina sikap kerjasama dan berorganisasi. Melalui program ini ahli-ahli yang terlibat akan teruji kesabaran masing-masing menanti umpan dimakan ikan dalam kepanasan mentari pagi. Program yang bermula pada pukul 7.30 ini dimulai di astaka SMKKKB dengan taklimat oleh pengurus projek sebelum bergerak bersama-sama ke kolam ikan Pak Mat kira-kira 500 meter di belakang SMKKKB sahaja. Ahli-ahli Krew A, B dan D dibahagikan kepada dua aktiviti iaitu memancing dan pertandingan memasak yang diadakan ditepi kolam tersebut. Peserta memancing menggunakan peralatan memancing tradisional yang disediakan oleh pihak Krew C selaku pengelola projek. Peserta memancing akan menyertai pertandingan memancing dan pemenang diumumkan berdasarkan...