PERTANDINGAN MEMANCING

PERTANDINGAN MEMANCING
PENGAKAP KELANA 10 SMKKKB


11 Mac 2017, Sabtu, Pengakap Kelana 10 SMKKKB berjaya menganjurkan program Pertandingan Memancing Pengakap Kelana 10 SMKKKB. Program ini dianjurkan oleh Pengakap Kelana Krew C. Tujuan program ini ialah untuk membina sikap kerjasama dan berorganisasi. Melalui program ini ahli-ahli yang terlibat akan teruji kesabaran masing-masing menanti umpan dimakan ikan dalam kepanasan mentari pagi. Program yang bermula pada pukul 7.30 ini dimulai di astaka SMKKKB dengan taklimat oleh pengurus projek sebelum bergerak bersama-sama ke kolam ikan Pak Mat kira-kira 500  meter di belakang SMKKKB sahaja. Ahli-ahli Krew A, B dan D dibahagikan kepada dua aktiviti iaitu memancing dan pertandingan memasak yang diadakan ditepi kolam tersebut. Peserta memancing menggunakan peralatan memancing tradisional yang disediakan oleh pihak Krew C selaku pengelola projek. Peserta memancing akan menyertai pertandingan memancing dan pemenang diumumkan berdasarkan ikan terbesar atau terberat. Program berakhir sekitar pukul 12.30 tengah hari. Secara keseluruhannya program tersebut berjaya mencapai matlamat dan objektifnya. Kehadiran pelajar atau pengakap kelana ialah seramai 72 orang. Ini merupakan satu kejayaan besar. 

Dari awal lagi pihak pengelola program memperlihatkan kesungguhan dan menunjukkan gaya pengurusan yang cemerlang. Kerjasama atau kolaborasi setiap anggota sangat tinggi. Satu kepuasan yang tinggi dinikmati bersama walaupun kepenatan. Tidak lupa kepada Guru Kokurikulum Tingkatan Enam dan Guru-guru Pemimpin Pengakap Kelana Krew C serta GATE yang turut bersama telah menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memastikan program tersebut berjaya. Syabas dan tahniah semua.

 Sdr Shukri selaku Pengurus Projek sedang memberi taklimat
perjalanan program sebelum bergerak ke kolam memancing


 Peserta pertandingan sedang asyik mendengar taklimat 
daripada Pengurus Projek

En. Mohd Zulhairy, Pn. Wan Masitah, 
Pn Rozita (Guru Kokurikulum),
Pn. Nor Abidah dan Pn. Majlila bertopi 
sudah berada awal di kolam pancing.
Bersemangat.

Gaya pemancing tegar. 
Pn Zalita Osman berkebolehan memancing.


 Tn. Hj. Saeey Hassan (Mantan Guru Koku TE SMKKKB)
hadir bersama GATE dan pelajar TE SMKKKB. 
Rindu pada rakan-rakan.
Pn. Majlila Oree. Jika ada hadiah untuk GATE 
beliaulah yang paling layak. Banyak dapat ikan.

 Pn. Wan Masitah bersama ketutu yang dipancingnya.
Tak pernah memancing tetapi dapat banyak ketutu.

Mentor dan mentee bersama ketutu masing-masing.

Kolam pancing ni banyak ikan ketutu dan talipia.

PKTE bersama talipia merah

ANTARA PARA PEMENANG








PENGADIL MASAKAN 
SEDANG MENJALANKAN TUGAS MEREKA




JUADAH-JUADAH YANG DISIAPKAN 
DALAM PERTANDINGAN MEMASAK








 Cuba lagi En. Sayuti. tahun ni tak dapat ikan 
tahun depan belum tahu lagi.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dialog Peningkatan Prestasi P2 STPM 2017

PENTAULIAHAN PENGAKAP KELANA SMKKKB