Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2017
Imej
Kepada semua guru akademik tingkatan enam, pelajar-pelajar tingkatan enam dan ex-student form six yang dapat ekses blog ini tolong maklumkan kepada pelajar lepasan SPM supaya menyemak tawaran ke tingkatan enam secara on-line mulai 16 April 2017 Tarikh mendaftar Tingkatan Enam Rendah : 2 Mei 2017
Imej
BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONAL AKADEMIK TINGKATAN ENAM DAERAH HULU SELANGOR Tarikh : 11 April 2017 Masa : 8.30 pagi - 1.00 petang Tempat : SMK Syed Mashor Subjek : Pengajian Perniagaan. SMKKKB diwakili oleh guru Pengajian Perniagaan. 1. Pn Siti Latifah Che Ahmad (Dua dari kiri) 2. Pn. Fathiyah Ramli (Tiga dari kiri) 3. Pn. Hjh Shirine Shafie (Dua dari kanan)
Imej
VIVA PENGAJIAN AM BERMULA 10 April 2017, seramai 6 orang pelajar 6 A Siber mendahului pelajar-pelajar lain melaksanakan Viva Pengajian AM. Syabas kepada semua pelajar terlibat. Viva dikendalikan oleh Pn. Husniza Mohd Tahir di bilik darjah 6A Siber pada pukul 2.00 petang.
Imej
BENGKEL PENINGKATAN PROFESIONAL AKADEMIK TINGKATAN ENAM DAERAH HULU SELANGOR 10 April 2017, Makmal Crome, SMKKKB satu Bengkel Peningkatan Akademik Tingkatan Enam Daerah Hulu Selangor bagi mata pelajaran Pengajian AM telah berjaya dilaksanakan. SMKKKB diamanahkan oleh PPDHS sebagai penganjur kali ini. Penceramah dan fasilitator sepanjang bengkel ini berlansung ialah Pn. Husniza Mohd Tahir. Seramai 13 orang guru Pengajian AM dari SMKKKB (5), SMK Sg Choh (4), SMK  Syed Mashor (2) dan SAMT KKB (2) telah berjaya hadir. Diucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua, Tn. Hj Manap Bin Jarkasi yang memberi ucaputama sebelum majlis perbengkelan berlansung. Bengkel bermula pukul 8.30 pagi dan berakhir pukul 1.30 petang. Semua peserta berharap akan diadakan bengkel untuk Penggal 3 dan Penggal 1 pada semester yang akan datang. Tn. Hj. Manap bin Jarkasi memberi ucap utama kepada peserta bengkel Pn. Husniza Mohd Tahir sebagai penceramah dan fasilitator ...
Imej
HARI KECEMERLANGAN AKADEMIK SMK KUALA KUBU BHARU 2017 6 April 2017, Khamis, program Hari Kecemerlangan Akademik SMKKKB telah diadakan dengan jayanya. Program dirasmikan oleh Dato' Dr Vincent Teh Hock Cheng, Naib Pengerusi Resort World Genting. Yang Berbahagia Dato' pernah menjadi Naib Yang Dipertua PIBG SMKKKB 2006-2009. Program ini merupakan manifestasi penghargaan terhadap kecemerlangan murid-murid dan pelajar-pelajar sepanjang tahun 2016. Amat diharapkan program ini akan menyuntik semangat para pelajar yang diraikan agar terus berusaha mencipta kejayaan untuk masa depan, tetapi dalam waktu yang sama tidak melupakan akar umbi dan sejarah pendidikan yang pernah di lalui SMKKKB. Jasa dan bakti SMKKKB amat tinggi. Program ini juga diharapkan menjadi dorongan pelajar lain untuk sama-sama mencipta dan membina kejayaan. Jika orang lain boleh berjaya mengapa kita tidak boleh menikmati kajayaan kita sendiri. Buku aturcara Dato Dr Vincent Teh sedang berucap E...
Imej
LAWATAN KE PERPUSTAKAAN UNIVERSITI MALAYA & PARLIMEN 5 April 2017, Rabu, seramai 72 pelajar Tingkatan Enam dan 13 GATE telah melangkapkan pengisian projek Kelab Pengajian AM untuk mengadakan lawatan sambil belajar ke perpustakaan Universiti Malaya dan juga Parlimen.  Lawatan ke perpustakaan UM merupakan satu pendedahan terhadap sistem salah satu perpustakaan terbesar yang ada di Malaysia. Lawatan ini juga diharap dapat mencetuskan semangat kepada semua pelajar untuk terus berusaha mencipta kecemerlangan dalam peperiksaan STPM sebagai tiket untuk menjadikan diri masing-masing sebagai pelajar di mana-mana universiti awam di negara kita. Kunjungan ke parlimen pada sesi petang memberi peluang kepada pelajar melihat sendiri sesi perbahasan ahli-ahli Dewan Rakyat. Isu yang di bahaskan ialah RUU IPTS. Bas 1 Bas 2 Di hadapan Perpustakaan UM. Posing habis. Taklimat Pegawai Perpustakaan kepada student dan GATE LAWATAN SEKITAR DALAM PERPUSTAKAAN Sd...